Showing posts with label Inovasi sains. Show all posts
Showing posts with label Inovasi sains. Show all posts

Friday, 1 May 2015

EXPLORACE SAINS

Image result for SCIENCE CLIP art


EXPLORACE SAINS


Checklist 1
AKTIVITI : MEMBUAT PENGUKURAN
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.
2 Menyediakan radas dan soalan
3. Tugasan peserta ialah membuat :
· pengukuran isipadu cecair
· pengukuran panjang( garis lengkung dan garis lurus)
· pengukuran luas (buku)
· pengukuran suhu
ii) Peserta dikehendaki juga mengenalpasti dan mencari botol reagen kosong yang mempunyai simbol
yang membawa maksud ‘mudah terbakar’, toksik dan beracun’, ‘menghakis’ dan sebagainya.

Checkpoint 2
AKTIVITI : MEMBUAT ROKET ORIGAMI
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.
2 Menyediakan bahan untuk tugasan
Kertas A4 berwarna : 2 keping
Gunting
Kertas
Gam
· Peserta diberikan sekeping kertas A4 dan dikehendaki mereka roket dengan melipat kertas tersebut.
· Seorang wakil dari setiap sekolah dikehendaki membentangkan hasil rekaan masing-masing dan
seterusnya melancarkan roketnya melalui aras 2 asrama lelaki kearah bawah.
· Pemenang ditentukan berdasarkan masa yang paling lama bagi roket mendarat.
· Peserta dikehendaki mengubahsuai roket dengan menggunakan kertas itu sahaja.
· Setiap kumpulan hanya dibenarkan mencuba sebanyak 2 kali sahaja.
3 Menyediakan kriteria pemarkahan untuk dinilai bagi penghakiman

Checkpoint 3
AKTIVITI : TELUR KEBAL
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.
2 Menyediakan bahan untuk tugasan
Telur ayam : 4 biji
Suratkhabar
Straw minuman: 10
Plastic(kecil): 1
· Peserta dikehendaki menjatuhkan sebiji telur ayam mentah dari aras 3 tanpa pecah
· Peserta dibenarkan menggunakan sekeping kertas suratkhabar, straw minuman dan plastic sahaja.
3 Menyediakan kriteria pemarkahan untuk dinilai bagi penghakiman

Checkpoint 4
AKTIVITI : MENYEDIAKAN SANDWIC
ii. MEMBUAT PENGELASAN MAKANAN
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.(arahan tugas dlm BI)
2. Menyediakan bahan untuk tugasan
Roti
Sardin
Pisau
Timun(belum dipotong)
Cawan plastic
Air mineral
· Peserta dikehendaki menyediakan sandwich 2 keping setiap seorang menggunakan bahan-bahan
yang disediakan dan diarahkan untuk makan sehingga habis sebelum diberi kad tugasan.
· Peserta dikehendaki menjawab soalan
- mengelaskan jenis makanan kepada kelas makanan dan fungsi setiap kelas makanan yang
dinamakan.
3. Menyediakan kriteria pemarkahan untuk dinilai bagi penghakiman


Checkpoint 5
AKTIVITI: MENAMAKAN TUMBUHAN HERBA
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.
· Peserta dikehendaki menyenaraikan tumbuhan herba yang digunakan dalam masakan dengan nama
tempatan dan nama saintifik seberapa maksimum yang diperolehi.
2. Menyediakan skema pemarkahan untuk dinilai bagi penghakiman


Checkpoint 6
Bengkel Pertanian
AKTIVITI: MENARA AJAIB
1. Membuat kad tugasan di checkpoint.
2. Menyediakan bahan untuk tugasan
Straw minuman
Lidi sate
Gelang getah
Cawan plastik berisi setengah gelas air
· Peserta dikehendaki membina sebuah menara yang boleh menampung setengah gelas cawan yang
berisi air
· Peserta dibekalkan dengan straw, lidi sate dan gelang getah untuk digunakan bagi merekacipta
menara tersebut.
2. Menyediakan kriteria pemarkahan untuk dinilai bagi penghakiman






Thursday, 30 April 2015

ABM Sains

 Asalamulaikum hai semua, kali ini saya ingin berkongsi  beberapa contoh  alat bantu mengajar yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains

 Contohnya  :


Model gunung berapi




Kit Fasa Bulan






Diorama, siratan makanan

Ballon Popper untuk pengajaran tajuk daya

ok,  untuk next post , saya akan berkongsi pelbagai abm yang menarik lagi. Di harapkan ia amat bermanfaaat untuk semua.











Perangkap nyamuk fleksible


Tajuk projek : Perangkap nyamuk fleksible

Pengenalan:
Masalah demam denggi amat serius di Malaysia. Hal ini  kerana setiap hari ada sahaja berlaku kes kematian mengenai penyakit demam denggi. Seperti yang sedia maklum, masalah denggi berpunca dari nyamuk AEDES. Oleh itu, bagi mencegah penyakit ini, satu inovasi telah dibuat iaitu dengan mencipta  Perangkap nyamuk fleksible.
Selain itu, jika seseorang terkena penyakit demam denggi ia boleh  membawa maut. Melalui beberapa ujikaji yang telah dijalankan, Perangkap Nyamuk Fleksible  ini mampu memerangkap  nyamuk  dan seterusnya mengurangkan nyamuk di persekitaran. Jika nyamuk berkurang, kes demam denggi juga akan berkurang.

Latar belakang:
Satu ujikaji telah dijalankan iaitu, setelah  perangkap nyamuk fleksible siap dihasilkan. Ia ditempatkan di beberapa kawasan yang terdapat banyak nyamuk contohnya, di dalam stor  sukan, di dapur kantin ,di makmal sains dan juga di kawasan-kawasan sekitar sekolah. Setelah hampir 3 hari, terdapat sejumlah nyamuk terperangkap di dalam corong botol tersebut.
Oleh itu, dapat diperhatikan   bahawa perangkap nyamuk  mampu memerangkap nyamuk.Selain dapat memerangkap nyamuk, terdapat serangga lain yang terperangkap seperti, semut, lipas  dan serangga kecil yang lain .Oleh itu, ia juga amat fleksible untuk dijadikan perangkap serangga perosak lain.




Objektif:
  1. Memerangkap nyamuk dan mengurangkan nyamuk AEDES di persekitaran.
  2. Menambahnilai barang terbuang dengan mengamalkan prinsip guna semula bahan terbuang.
  3. Meninggkatkan kreativiti dan menjimatkan kos seharian untuk membeli perangkap serangga yang mahal di pasaran.
Isi kandungan :
Proses penghasilan Perangkap nyamuk Fleksible.
a)    Bahan:
·         Botol plastik 1.5 liter
·         200 ml air
·         50 g gula merah
·         1 g ragi
·         Pisau lipat untuk memotong botol.
·         Kertas atau plastik hitam
b) Langkah-langkah  ( prosedur ) :
1. Potong botol plastik di  bahagian tengah.  Bahagian atas atau  mulut botol disimpan.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan  ke dalam  separuh bahagian  bawah botol.
3. Tambahkan ragi dan kacau untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Pasang atau masukkan potongan botol bahgian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan kertas atau plastik yang hitam, kecuali bahagian  atas, dan diletakkan di beberapa tempat yang didapati banyak nyamuk atau serangga perosak .

Dalam  3  hari , anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka, tempat berkembang biak nyamuk juga dapat dihapuskan dengan menggunakan kaedah ini.

Isu dan permasalahan.

Sebelum inovasi
·         Masalah nyamuk yang banyak di persekitaran.
Proses  pelaksanaan.
·         Menghasilkan perangkap nyamuk seperti prosedur di atas. Perangkap nyamuk tersebut  diletakkan di kawasan sasaran seperti makmal sains, dapur kantin dan sekitar sekolah yang terdapat banyak nyamuk.
·         Selain itu, rujukan dan  pengumpulan maklumat mengenai proses  ataupun tindak balas yang berlaku  antara gula merah iaitu ( glucose ) dan juga yis telah dilakukan.





·         Tindak balas  penapaian etanol menggunakan glukosa dan yis.

  KEPUTUSAN

KEADAAN
           

PEMERHATIAN
Larutan glukosa di campur dengan yis

Pembuakan berlaku







Campuran glukosa dan yis selepas dibiarkan selama  3 hari





Terdapat dua lapisan
1.    Lapisan atas cecair jernih bewarna kuning muda (etanol)
2.    Lapisan bawah-mendakan berwarna kuning

3.    Bau larutan seperti bau cuka.



Impak  ( selepas inovasi )

·         Selepas ujikaji, hasil seperti larutan yang berbau cuka (masam) iaitu etanol terhasil.
·         Terdapat sejumlah serangga seperti nyamuk, semut dan serangga kecil yang lain teperangkap dalam perangkap ini.
·         Gas karbon diosida yang terhasil dari tindakbalas gula merah dan yis amat menarik minat nyamuk untuk mendekatinya.
·         Selain itu, plastik ataupun pembalut hitam yang dipasangkan pada bahgian bawah botol amat menarik minat nyamuk untuk mendekatinya.
·         Warna hitam adalah penyerap haba dan kepanasan yang baik. Sebenarya, nyamuk mempunyai resptor panas yang baik.Reseptor nyamuk terdapat pada bahagian bawah perut nyamuk.




Image result for mosquito



Reseptor panas terdapat pada bahagian bawah perutnya

  • Reseptor panas ini berfungsi sebagai  sensor suhu dan kelembapan. Reseptor panas ini boleh membezakan  kepanasan yang  dipancarkan oleh pelbagai benda. Oleh itu, panas yang dipancarkan oleh objek hitam mampu menarik nyamuk datang. Benda-benda gelap terutamanya hitam biasanya mudah menyerap panas dan membolehkan nyamuk amat tertarik untuk hinggap.
  • Oleh sebab itu, apabila bahagian bawah botol ditutup dengan kertas hitam,  ia bole  menyebabkan banyak nyamuk terperangkap di dalam PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE ini.
Kewangan :
 Kos
1.    Botol plastik   : tiada kos kerana menggunakan bahan guna semula
( recycle)
2.    Gula merah : Rm 2.00  (500 g), guna hanya 50 gram untuk 1 perangkap nyamuk
3.    Yis : RM 1.00 ( hanya guna 1g)
4.    Bahan lain, tiada kos, air, pisau , kertas hitam ( boleh guna plastic sampah yang terpakai )
5.    Aggaran harga RM 2.00
6.    Kos anggaran adalah RM 2.00  tetapi kos sebenar amat murah dan mudah untuk menghasilkan PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE ini.

Kesimpulan :

PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE adalah inovasi yang amat  berguna dan mudah untuk dihasilkan. Selain mampu memerangkap nyamuk, ia amat mesra pengguna kerana tidak menggunakan  apa-apa bahan kimia yang berbahaya yang banyak terdapat  kebanyakan perangkap nyamuk pada masa kini. Pada masa akan datang jika perangkap nyamuk ini mampu dikomersial kan, ahli kelab SAINS tidak berhasrat menjual produk tetapi akan berusaha memberi kursus cara pembuatan  PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE pada sekolah-sekolah atau pihak-pihak yang lain secara percuma. Ini semua untuk mendidik masyarakat supaya lebih mengutamakan kesihatan dan sentiasa mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati ‘Tiada AEDES, tiada Denggi’.







Rujukan :