Showing posts with label Eksperimen sains. Show all posts
Showing posts with label Eksperimen sains. Show all posts

Sunday, 3 May 2015

Bateri Lemon


BATERI LEMON

1.   Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin dapat menyalakan mentol lampu atau menggerakkan motor, namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light Emitting Diod).  
2.   Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon dan paku ke satu bahagian yang lain. Pastikan kedua-duanya tidak bersentuh.

3.   Empat biji bateri lemon menghasilkan 3.5 volt. Ia sepatutnya sudah boleh menyalakan LED (Light Emitting Diode).


LED menyala malap dengan konfigurasi ini.
Masalah ini boleh diatasi dengan cara menukarkan duit syiling dan paku kepada logam yang lebih tulen. Contohnya, tukarkan duit syiling dengan wayar tembaga yang biasa digunakan untuk pendawaian elektrik rumah.

Monday, 16 March 2015

Telefon cawan


TELEFON CAWAN


1. Bunyi terjadi daripada getaran.
2. Apabila bercakap, udara disekitar akan bergetar dan getaran tadi akan tersebar ke udara.
3. Telinga akan mengesan getaran menyebabkan kita boleh mendengar bunyi
4. Apabila bercakap pada telefon cawan, getaran dalam cawan akan melalui tali dan sampai ke cawan yang satu lagi dan akan bergetar juga

5. Ini menyebabkan kawan kamu dapat mendengar apa yang kamu cakapkan

Tahukah anda?

·        Bunyi bergerak sangat laju iaitu 1 kilometer dalam 3 saat.
·        Bunyi bergerak lebih laju di dalam air dan pepejal berbanding di udara. Di dalam air, bunyi bergerak selaju 5000km dalam 1 jam dan di dalam besi selaju 6000km dalam 1 jam.