Sunday 3 May 2015

Tahukah anda?

TELUR TENGGELAM TIMBUL
Adakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut berbanding dengan air sungai? Ini berkait rapat dengan ketumpatan air yang berbeza di antara kedua-duanya. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah dengan lebih mendalam tentang konsep ketumpatan.

Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke dalam air, larutan di dalam gelas menjadi lebih tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul.








Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu tenggelam pada mulanya kerana ia lebih tumpat daripada air biasa.

Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu timbul kerana ia kurang tumpat daripada air yang telah dilarutkan dengan garam.

Tahukah anda?
Mengapa air laut masin? Apabila air mengalir melalui sungai, sedikit demi sedikit garam galian dari batu dan dasar sungai terlarut dengannya. Air yang `masin’ sedikit ini mengalir ke laut. Melalui proses Kitaran Air, air di laut sentiasa tersejat manakala di kutub yang sejuk pula ia membeku. Tinggallah `garam galian’ terlarut di dalam laut. Selepas peredaran masa yang lama, air laut masin kerana sentiasa ada “garam” terlarut di dalamnya!





No comments:

Post a Comment