Kringggggg,,, loceng
sekolah berbunyi . Ini menandakan , sesi pembelajaran pada hari tersebut telah
berakhir. Kelima-lima rakan iaitu, Fazera, Amysha, Syamimi , Akmal dan juga
Ahmad jalan beriringan.
Fazera: issh…. kawan-kawan apa plan korang ek petang ni?
Pas sekolah agama aku plan kita gi
padang nak? Main basikal-basikal? Ok tak
cadangan aku?
Amysha: Ok ja cadangan ko tu,, tapi apa kata kita siapkan
kerja sekolah dulu kat umah aku. Dah siap kerja sekolah baru kita main la. Bukan apa aku takut kena denda
ngan cikgu AINI ja. CIKGU aini memang menakutkan ,,, sekali denda ingat sampai
mati hukuman yang dia denda tu..
Syamimi : Betul, betul, betul,, kita mesti siapkan kerja
sekolah dulu, then baru kita main. Tak
nak kena denda belajar luar kelas, takut- takut… hahahaaa
Fazera :baiklah kawan-kawan kalu camtu kul 6 ek kita main,
pas buat homework.Ehhh,, Ahmad, kenapa
ko monyot ja ni??? Ko tak sihat ke?? Tapi ko tak mungkin tak sihat,,
sebab ko sangat…… sihat,,,, hahaha…..
Akmal : ishh ko ni Fazera, apa la, Ahmad sihat la, tapi dia
tengah sedih tu, ayah dia masuk hospital sebab kena serangan jantung tiba-tiba
semalam.
Amysha: Ohh, sianya Ahmad, maafkan kami ya,, kami tak tahu
ayah awak masuk hospital.
Syamimi : emmm,, ayah awak
dah lama ke sakit jantung? Teruk ke keadaan dia?
Ahmad : Setakat ni..ok la, selepas doctor menjalankan rawatan, keadaan ayah saya semakin stabil.
Tapi dia perlu banyak rehat dan doctor nasihatkan supaya dia berhenti merokok.
Fazera: Ok la kalau dia dah semakin stabil, awak tak perlu
la risaukan ayah awak lagi.
Ahmad: Bukan itu yang saya risaukan, tapi saya risau bila
ayah dah keluar hospital dia masih lagi merokok, dia bukan jenis dengar nasihat
orang lain. Saya dan adik beradik yang
lain dah tak tahu nak nasihatkan ayah saya tu macam mana nak suruh dia berhenti
merokok.
Amysha: Saya pun faham keadaan awak,ayah saya pun merokok.
Emak saya selalu bising, sebab bila merokok buat ayah saya khayal, malas, dan
paling teruk abis duit belanja kami adik beradik ayah guna tuk beli rokok.
Geram dan benci betul saya pada perokok nih..
Akmal : Emmm, bahaya kan merokok ni,, saya ada terbaca
risalah semasa pergi klinik haritu, merokok ni
akhirnya boleh bawa maut…. Huhhhhhhhh,, gerun saya. Eh.. Fazera, awak
ada cadangan tak camna nak buat ayah kitaorang nih berhenti merokok ek,, awak
kan BIJAK,, hehehe.
Fazera : Emmm,, saya
rasa, apa kata kita cuba cara yang cikgu Aini, ajar dalam kelas haritu, tentang eksperimen kesan merokok ke atas paru
–paru.
Ahmad : Eksperimen apa, mungkin saya tak datang masa cikgu
ajar haritu,, saya kan asyik ke hospital ziarah ayah, boleh awak tunjukkan
kepada kami eksperimen tersebut.
Fazera : Owh,, boleh ja…tapi bukan hari ini la.Hari sabtu
minggu depan boleh,, kita kumpul kat padang kita buat semula eksperimen yang
cikgu dah ajar tu. Amy, Syamimi, Akmal, awak bawa la alat-alat tuk buat
eksperimen tu ek..
Amy, Syamimi, Akmal, :Oh,,, biasa diatur,,semua ditangguh
beres.
Pada hari Sabtu yang dijanjikan, kelima, lima sahabat
tersebut bertemu semula dihujung padang untuk menjalankan ekseperimen kesan
merokok. ke atas paru-paru.
Fazera : Wah,, ramai pulak korang hari ini,, siap bawa adik
beradik lagi tuk tengok eksperimen nih… hehehe
Amysha : Boleh kan, ni Fitri adik aku, dan ni sepupu aku Zul. Diorang teruja bila
aku kata kakak Fazera, nak buat magic
kejap lagi. Hehhe.
Fazera : Apa, apa ja la ok… disebabkan semua dah ada
.Apa kata kita mulakan ekperimen ni.
Bahan-bahan dah ada kan Syamimi, Akmal ?
Syamimi, Akmal : Sudah siap cikgu bahan-bahannya,,
Mereka semua pun tekun memerhatikan cara ekperimen
dijalankan.
Selepas ekperimen dan mendapat keputusan .
Ahmad: Wah hebat betul la awak Fazera..kapas yang putih
bersih tu lama kelamaan jadi hitam bila asap rokok melaluinya,,,ish,, cam tu ek
paru-paru kita, bila dah lama, jadi hitam dan rosak bila merokok.
Fazera.. Saya tak hebat pun.. saya cuma praktikkan ja apa
yang cikgu ajar kat kelas. Pas ni awak bawa la balik hasil eksperimen kita ni,,
tunjukkan kat ayah awak. Biar dia sedar bahaya merokok tu…
Syamimi, Akmal, dan yang lain: Awak,,, kami semua nak bawa
balik hasil eksperimen ni. Pastu nak tunjukk kan risalah yang awak kasi ni,
biar ibubapa kita tahu bahaya merokok nih..
Fazera : Owhh,, boleh ja,,, terima kasih kawan-kawan sebab
bantu saya buat ekperimen tadi.
Kawan-kawan : Owh sama-sama. Jom pulang
ROKOK MEMBAWA PADAH |
No comments:
Post a Comment