Mikus
Yang Cerewet Memilih Makanan
Pada
zaman dahulu ada seekor tikus yang
sangat comel bernama Mikus. Mikus sangat suka memilih makanan. Ia
terlalu cerewet dan akan makan makanan
kegemarannya sahaja.
Setiap
hari, apabila ibunya iaitu Cik Siti menghidangkan makanan yang berkhasiat
seperti, nasi, sayur-sayur dan ikan,
mikus hanya makan makan sedikit sahaja dan tidak menghabiskan makanan tersebut.
Mikus akan membebel dan memarahi ibunya kerana tidak mengghidangkan makanan
kegemaranya iaitu keju dan kek sahaja. “ Isshh ibu ni,, tiap-tiap hari ibu kasi
saya makan nasi, sayur, ikan,, semua ni bukan sedap pun,,” bentak Mikus sambil menolak sepinggan makanan
yang dihidangkan. Mikus merajuk seharian, dan mogok tidak mahu makan.
Cik
siti, tidak menggendahkan anaknya, malah dia sudah muak dengan tingkah laku
anaknya yang biadap dan tidak tahu menghargai rezeki itu. Dia membiarkan sahaja
anaknya itu merajuk. Dia tidak memujuk Mikus
kerana mahu memberi pengajaran kepada anaknya itu.
Mikus
yang masih marahkan ibunya kerana tidak menghidangkan makanan kegemaranya itu,
keluar bersiar-siar.Mikus tiada arah tuju,, dia mengikut sahaja kakinya
sehingga dia telah sesat ke dalam hutan. Dalam kesedihan mencari jalan pulang,,
mikus terserempak dengan seekor zirafah
yang tinggi dan kuat kakinya. Mikus sangat kagum melihat kegagahan zirafah
mencapai pucuk-pucuk hijau di hujung pokok dengan hanya menggunakan lehernya
sahaja. Tanpa sengan silu, Mikus terus bertanya kepada Kakak Zirafah. “ Kakak
Zirafah, bagaimanakah kakak mempunyai
otot dan tulang yang kuat untuk mencapai pucuk-pucuk daun hijau pokok- pokok
yang tinggi ini.” “Owh,, dik mikus,, akak makan banyak daun-daun hijau, hari-hari, jadi akak
bertambah tinggi dan kuat, kalau dik Mikus mahu jadi sihat dan kuat macam saya. Dik perlu makan sayur-sayur hijau
ataupun daun-daun hijau.Mikus,, terdiam mendengar nasihat kakak zirafah itu.
Dia mulai sedar tentang kepentingan memakan sayur-sayur dalam kehidupan..
setelah mengucapkan terima kasih kepada kakak Zirafah, Mikus meneruskan perjalanan
mencari jalan pulang.
Tiba-tiba
mikus terdengar bunyi seekor harimau yang gagah sedang mengaum. Mikus
cepat-cepat menyembunyikan diri dari
dilihat oleh harimau.Dari sebalik tempat
mikus bersembunyi mikus dapat melihat, harimau sedang meratah daring
rusa. Mikus pun berfikir, mungkin en harimau itu menjadi gagah perkasa kerana
memakan daging.Tanpa membuang masa, Mikus menyelinap di celah-celah daun kering
untuk menyelamatkan diri dari terserempak dengan En. Harimau.Mikus meneruskan
perjalanan , tiba-tiba mikus terserempak dengan sekumpulan anak-anak ayam.
Anak-anak
ayam ini sedang mengais kakinya untuk mencari butir-butir nasi di tanah.
Walaupun anak-anak ayam ini kecil mereka kelihatan lincah dan bertenaga. Mikus
terus menyapa anak-anak ayam. “Hai kawan,, apa yang kamu kais tu,,, sedap ke??
Owh,, cik Mikus, kami tengah mencari
butir-butir nasi.. emmmm sedap tau nasi ni. Mari la makan bersama kami.
Kalau awak makan nasi,, awak akan berasa kenyang. Jadi awak akan bertenaga dan
semua aktiviti dapat awak jalankan dengan baik.
Mikus,
mendengar penerangan anak ayam itu dengan teliti. Kini Mikus telah mengatahui
faedah apabila memakan nasi.Kemudian,, mikus meninggalkan kawanan anak ayam
itu, dan terus mencari jalan pulang.
Dalam
perjalanan pulang, Mikus terfikir tentang pertemuannya dengan ketiga-tiga ekor
haiwan tadi. Mikus mendapat pengajaran tentang kepentingan makan sayur dari
Zirafah, makan daging dari harimau dan juga makan nasi dari anak ayam.Mikus
mulai sedar tentang kesilapannya hanya memakan makanan kegemarannya sahaja akan
memudaratkan kesihatan dan akan menyebabkan kurang khasiat dan zat. Untuk
menjadi sihat, Mikus perlu makan pelbagai makanan yang berkhasiat..
Hemm,,
baiklah kawan-kawan, jika kita mahu sihat dan kuat seperti mikus, kita juga
perlu amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kita perlu makan nasi untuk memberi tenaga, makan daging, ikan yang
dapat membantu tumbesaran dan juga perlu makan
sayur-sayur hijau untuk menjaga kasihatan kita. Kita juga perlu sentiasa
bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan dan tidak menghina dan mengeji makanan
yang dihidangkan.
Sekian.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment