Thursday 30 April 2015

Sketsa Mari Jauhi Rokok


                      Kringggggg,,, loceng sekolah berbunyi . Ini menandakan , sesi pembelajaran pada hari tersebut telah berakhir. Kelima-lima rakan iaitu, Fazera, Amysha, Syamimi , Akmal dan juga Ahmad jalan beriringan.



Fazera: issh…. kawan-kawan apa plan korang ek petang ni? Pas sekolah agama aku plan  kita gi padang  nak? Main basikal-basikal? Ok tak cadangan aku?
Amysha: Ok ja cadangan ko tu,, tapi apa kata kita siapkan kerja sekolah dulu kat umah aku. Dah siap kerja sekolah baru  kita main la. Bukan apa aku takut kena denda ngan cikgu AINI ja. CIKGU aini memang menakutkan ,,, sekali denda ingat sampai mati hukuman   yang dia denda tu..
Syamimi : Betul, betul, betul,, kita mesti siapkan kerja sekolah dulu, then baru kita main. Tak  nak kena denda belajar luar kelas, takut- takut… hahahaaa
Fazera :baiklah kawan-kawan kalu camtu kul 6 ek kita main, pas buat homework.Ehhh,, Ahmad, kenapa  ko monyot ja ni??? Ko tak sihat ke?? Tapi ko tak mungkin tak sihat,, sebab ko sangat…… sihat,,,, hahaha…..
Akmal : ishh ko ni Fazera, apa la, Ahmad sihat la, tapi dia tengah sedih tu, ayah dia masuk hospital sebab kena serangan jantung tiba-tiba semalam.
Amysha: Ohh, sianya Ahmad, maafkan kami ya,, kami tak tahu ayah awak masuk hospital.
Syamimi : emmm,, ayah awak  dah lama ke sakit jantung? Teruk ke keadaan dia?
Ahmad : Setakat ni..ok la, selepas doctor menjalankan  rawatan, keadaan ayah saya semakin stabil. Tapi dia perlu banyak rehat dan doctor nasihatkan supaya dia berhenti merokok.
Fazera: Ok la kalau dia dah semakin stabil, awak tak perlu la risaukan ayah awak lagi.
Ahmad: Bukan itu yang saya risaukan, tapi saya risau bila ayah dah keluar hospital dia masih lagi merokok, dia bukan jenis dengar nasihat orang lain. Saya  dan adik beradik yang lain dah tak tahu nak nasihatkan ayah saya tu macam mana nak suruh dia berhenti merokok.
Amysha: Saya pun faham keadaan awak,ayah saya pun merokok. Emak saya selalu bising, sebab bila merokok buat ayah saya khayal, malas, dan paling teruk abis duit belanja kami adik beradik ayah guna tuk beli rokok. Geram dan benci betul saya pada perokok nih..
Akmal : Emmm, bahaya kan merokok ni,, saya ada terbaca risalah semasa pergi klinik haritu, merokok ni  akhirnya boleh bawa maut…. Huhhhhhhhh,, gerun saya. Eh.. Fazera, awak ada cadangan tak camna nak buat ayah kitaorang nih berhenti merokok ek,, awak kan BIJAK,, hehehe.
Fazera : Emmm,,  saya rasa, apa kata kita cuba cara yang cikgu Aini, ajar dalam kelas haritu,  tentang eksperimen kesan merokok ke atas paru –paru.
Ahmad : Eksperimen apa, mungkin saya tak datang masa cikgu ajar haritu,, saya kan asyik ke hospital ziarah ayah, boleh awak tunjukkan kepada kami eksperimen tersebut.
Fazera : Owh,, boleh ja…tapi bukan hari ini la.Hari sabtu minggu depan boleh,, kita kumpul kat padang kita buat semula eksperimen yang cikgu dah ajar tu. Amy, Syamimi, Akmal, awak bawa la alat-alat tuk buat eksperimen tu ek..
Amy, Syamimi, Akmal, :Oh,,, biasa diatur,,semua ditangguh beres.
Pada hari Sabtu yang dijanjikan, kelima, lima sahabat tersebut bertemu semula dihujung padang untuk menjalankan ekseperimen kesan merokok. ke atas paru-paru.
Fazera : Wah,, ramai pulak korang hari ini,, siap bawa adik beradik lagi tuk tengok eksperimen nih… hehehe
Amysha : Boleh kan, ni Fitri adik aku,  dan ni sepupu aku Zul. Diorang teruja bila aku kata kakak Fazera, nak  buat magic kejap lagi. Hehhe.
Fazera : Apa, apa ja la ok… disebabkan semua dah ada .Apa  kata kita mulakan ekperimen ni. Bahan-bahan dah ada kan  Syamimi, Akmal ?
Syamimi, Akmal : Sudah siap cikgu bahan-bahannya,,
Mereka semua pun tekun memerhatikan cara ekperimen dijalankan.


Image result for eksperimen rokok dalam botol


Selepas ekperimen dan mendapat keputusan .
Ahmad: Wah hebat betul la awak Fazera..kapas yang putih bersih tu lama kelamaan jadi hitam bila asap rokok melaluinya,,,ish,, cam tu ek paru-paru kita, bila dah lama, jadi hitam dan rosak bila merokok.
Fazera.. Saya tak hebat pun.. saya cuma praktikkan ja apa yang cikgu ajar kat kelas. Pas ni awak bawa la balik hasil eksperimen kita ni,, tunjukkan kat ayah awak. Biar dia sedar bahaya merokok tu…
Syamimi, Akmal, dan yang lain: Awak,,, kami semua nak bawa balik hasil eksperimen ni. Pastu nak tunjukk kan risalah yang awak kasi ni, biar ibubapa kita tahu bahaya merokok nih..
Fazera : Owhh,, boleh ja,,, terima kasih kawan-kawan sebab bantu saya buat ekperimen tadi.

Kawan-kawan : Owh sama-sama. Jom pulang


Image result for eksperimen rokok dalam botol
ROKOK MEMBAWA PADAH

Mikus Yang Cerewet Memilih Makanan

Mikus Yang Cerewet Memilih Makanan

Image result for food science


Pada zaman dahulu ada seekor tikus yang  sangat comel bernama Mikus. Mikus sangat suka memilih makanan. Ia terlalu cerewet dan akan  makan makanan kegemarannya sahaja.

Setiap hari, apabila ibunya iaitu Cik Siti menghidangkan makanan yang berkhasiat seperti, nasi, sayur-sayur dan  ikan, mikus hanya makan makan sedikit sahaja dan tidak menghabiskan makanan tersebut. Mikus akan membebel dan memarahi ibunya kerana tidak mengghidangkan makanan kegemaranya iaitu keju dan kek sahaja. “ Isshh ibu ni,, tiap-tiap hari ibu kasi saya makan nasi, sayur, ikan,, semua ni bukan sedap pun,,”  bentak Mikus sambil menolak sepinggan makanan yang dihidangkan. Mikus merajuk seharian, dan mogok tidak mahu makan.

Cik siti, tidak menggendahkan anaknya, malah dia sudah muak dengan tingkah laku anaknya yang biadap dan tidak tahu menghargai rezeki itu. Dia membiarkan sahaja anaknya itu merajuk. Dia tidak memujuk Mikus  kerana mahu memberi pengajaran kepada anaknya itu.
Mikus yang masih marahkan ibunya kerana tidak menghidangkan makanan kegemaranya itu, keluar bersiar-siar.Mikus tiada arah tuju,, dia mengikut sahaja kakinya sehingga dia telah sesat ke dalam hutan. Dalam kesedihan mencari jalan pulang,, mikus terserempak dengan seekor  zirafah yang tinggi dan kuat kakinya. Mikus sangat kagum melihat kegagahan zirafah mencapai pucuk-pucuk hijau di hujung pokok dengan hanya menggunakan lehernya sahaja. Tanpa sengan silu, Mikus terus bertanya kepada Kakak Zirafah. “ Kakak Zirafah, bagaimanakah kakak  mempunyai otot dan tulang yang kuat untuk mencapai pucuk-pucuk daun hijau pokok- pokok yang tinggi ini.” “Owh,, dik mikus,, akak makan banyak  daun-daun hijau, hari-hari, jadi akak bertambah tinggi dan kuat, kalau dik Mikus mahu jadi sihat dan kuat macam  saya. Dik perlu makan sayur-sayur hijau ataupun daun-daun hijau.Mikus,, terdiam mendengar nasihat kakak zirafah itu. Dia mulai sedar tentang kepentingan memakan sayur-sayur dalam kehidupan.. setelah mengucapkan terima kasih kepada kakak Zirafah, Mikus meneruskan perjalanan mencari jalan pulang.

Tiba-tiba mikus terdengar bunyi seekor harimau yang gagah sedang mengaum. Mikus cepat-cepat  menyembunyikan diri dari dilihat oleh harimau.Dari sebalik tempat  mikus bersembunyi mikus dapat melihat, harimau sedang meratah daring rusa. Mikus pun berfikir, mungkin en harimau itu menjadi gagah perkasa kerana memakan daging.Tanpa membuang masa, Mikus menyelinap di celah-celah daun kering untuk menyelamatkan diri dari terserempak dengan En. Harimau.Mikus meneruskan perjalanan , tiba-tiba mikus terserempak dengan sekumpulan anak-anak ayam.
Anak-anak ayam ini sedang mengais kakinya untuk mencari butir-butir nasi di tanah. Walaupun  anak-anak ayam ini kecil  mereka kelihatan lincah dan bertenaga. Mikus terus menyapa anak-anak ayam. “Hai kawan,, apa yang kamu kais tu,,, sedap ke?? Owh,, cik Mikus, kami tengah mencari  butir-butir nasi.. emmmm sedap tau nasi ni. Mari la makan bersama kami. Kalau awak makan nasi,, awak akan berasa kenyang. Jadi awak akan bertenaga dan semua aktiviti dapat awak jalankan dengan baik.
Mikus, mendengar penerangan anak ayam itu dengan teliti. Kini Mikus telah mengatahui faedah apabila memakan nasi.Kemudian,, mikus meninggalkan kawanan anak ayam itu, dan terus mencari jalan pulang.
Dalam perjalanan pulang, Mikus terfikir tentang pertemuannya dengan ketiga-tiga ekor haiwan tadi. Mikus mendapat pengajaran tentang kepentingan makan sayur dari Zirafah, makan daging dari harimau dan juga makan nasi dari anak ayam.Mikus mulai sedar tentang kesilapannya hanya memakan makanan kegemarannya sahaja akan memudaratkan kesihatan dan akan menyebabkan kurang khasiat dan zat. Untuk menjadi sihat, Mikus perlu makan pelbagai makanan yang berkhasiat..
Hemm,, baiklah kawan-kawan, jika kita mahu sihat dan kuat seperti mikus, kita juga perlu amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kita perlu makan nasi  untuk memberi tenaga, makan daging, ikan yang dapat membantu tumbesaran dan juga perlu makan  sayur-sayur hijau untuk menjaga kasihatan kita. Kita juga perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan dan tidak menghina dan mengeji makanan yang dihidangkan.

Sekian. Terima kasih.
Image result for mouse clip art

ABM Sains

 Asalamulaikum hai semua, kali ini saya ingin berkongsi  beberapa contoh  alat bantu mengajar yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains

 Contohnya  :


Model gunung berapi




Kit Fasa Bulan






Diorama, siratan makanan

Ballon Popper untuk pengajaran tajuk daya

ok,  untuk next post , saya akan berkongsi pelbagai abm yang menarik lagi. Di harapkan ia amat bermanfaaat untuk semua.











Fakta sains

1 .           Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

2.           Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

3.     Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

4.     Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.



5.           Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

6.           Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

7.           Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

8.           Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

9.           MATAHARI memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.


10.       Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

11.       Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

12.       Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.



13.       Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

14.       Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

15.       Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

16.       Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.




17.       Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

18.       Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

19.       Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

20.        Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.



21. Manusia hanya menggunakan 10% daripada
  otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti  
  lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

  22.  Ketika bersin, semua organ dalam badan
  tidak berfungsi termasuk jantung.

  23.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu  
  badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

  24.  Badak air mampu berlari lebih pantas
  daripada manusia.

  25.  Ngauman singa boleh kedengaran sejauh  
  tiga kilometer.



26.  Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

 27. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

28.  Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

29.  Andai kesemua bongkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.




30. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut. 

Perangkap nyamuk fleksible


Tajuk projek : Perangkap nyamuk fleksible

Pengenalan:
Masalah demam denggi amat serius di Malaysia. Hal ini  kerana setiap hari ada sahaja berlaku kes kematian mengenai penyakit demam denggi. Seperti yang sedia maklum, masalah denggi berpunca dari nyamuk AEDES. Oleh itu, bagi mencegah penyakit ini, satu inovasi telah dibuat iaitu dengan mencipta  Perangkap nyamuk fleksible.
Selain itu, jika seseorang terkena penyakit demam denggi ia boleh  membawa maut. Melalui beberapa ujikaji yang telah dijalankan, Perangkap Nyamuk Fleksible  ini mampu memerangkap  nyamuk  dan seterusnya mengurangkan nyamuk di persekitaran. Jika nyamuk berkurang, kes demam denggi juga akan berkurang.

Latar belakang:
Satu ujikaji telah dijalankan iaitu, setelah  perangkap nyamuk fleksible siap dihasilkan. Ia ditempatkan di beberapa kawasan yang terdapat banyak nyamuk contohnya, di dalam stor  sukan, di dapur kantin ,di makmal sains dan juga di kawasan-kawasan sekitar sekolah. Setelah hampir 3 hari, terdapat sejumlah nyamuk terperangkap di dalam corong botol tersebut.
Oleh itu, dapat diperhatikan   bahawa perangkap nyamuk  mampu memerangkap nyamuk.Selain dapat memerangkap nyamuk, terdapat serangga lain yang terperangkap seperti, semut, lipas  dan serangga kecil yang lain .Oleh itu, ia juga amat fleksible untuk dijadikan perangkap serangga perosak lain.




Objektif:
  1. Memerangkap nyamuk dan mengurangkan nyamuk AEDES di persekitaran.
  2. Menambahnilai barang terbuang dengan mengamalkan prinsip guna semula bahan terbuang.
  3. Meninggkatkan kreativiti dan menjimatkan kos seharian untuk membeli perangkap serangga yang mahal di pasaran.
Isi kandungan :
Proses penghasilan Perangkap nyamuk Fleksible.
a)    Bahan:
·         Botol plastik 1.5 liter
·         200 ml air
·         50 g gula merah
·         1 g ragi
·         Pisau lipat untuk memotong botol.
·         Kertas atau plastik hitam
b) Langkah-langkah  ( prosedur ) :
1. Potong botol plastik di  bahagian tengah.  Bahagian atas atau  mulut botol disimpan.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan  ke dalam  separuh bahagian  bawah botol.
3. Tambahkan ragi dan kacau untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Pasang atau masukkan potongan botol bahgian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan kertas atau plastik yang hitam, kecuali bahagian  atas, dan diletakkan di beberapa tempat yang didapati banyak nyamuk atau serangga perosak .

Dalam  3  hari , anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka, tempat berkembang biak nyamuk juga dapat dihapuskan dengan menggunakan kaedah ini.

Isu dan permasalahan.

Sebelum inovasi
·         Masalah nyamuk yang banyak di persekitaran.
Proses  pelaksanaan.
·         Menghasilkan perangkap nyamuk seperti prosedur di atas. Perangkap nyamuk tersebut  diletakkan di kawasan sasaran seperti makmal sains, dapur kantin dan sekitar sekolah yang terdapat banyak nyamuk.
·         Selain itu, rujukan dan  pengumpulan maklumat mengenai proses  ataupun tindak balas yang berlaku  antara gula merah iaitu ( glucose ) dan juga yis telah dilakukan.





·         Tindak balas  penapaian etanol menggunakan glukosa dan yis.

  KEPUTUSAN

KEADAAN
           

PEMERHATIAN
Larutan glukosa di campur dengan yis

Pembuakan berlaku







Campuran glukosa dan yis selepas dibiarkan selama  3 hari





Terdapat dua lapisan
1.    Lapisan atas cecair jernih bewarna kuning muda (etanol)
2.    Lapisan bawah-mendakan berwarna kuning

3.    Bau larutan seperti bau cuka.



Impak  ( selepas inovasi )

·         Selepas ujikaji, hasil seperti larutan yang berbau cuka (masam) iaitu etanol terhasil.
·         Terdapat sejumlah serangga seperti nyamuk, semut dan serangga kecil yang lain teperangkap dalam perangkap ini.
·         Gas karbon diosida yang terhasil dari tindakbalas gula merah dan yis amat menarik minat nyamuk untuk mendekatinya.
·         Selain itu, plastik ataupun pembalut hitam yang dipasangkan pada bahgian bawah botol amat menarik minat nyamuk untuk mendekatinya.
·         Warna hitam adalah penyerap haba dan kepanasan yang baik. Sebenarya, nyamuk mempunyai resptor panas yang baik.Reseptor nyamuk terdapat pada bahagian bawah perut nyamuk.




Image result for mosquito



Reseptor panas terdapat pada bahagian bawah perutnya

  • Reseptor panas ini berfungsi sebagai  sensor suhu dan kelembapan. Reseptor panas ini boleh membezakan  kepanasan yang  dipancarkan oleh pelbagai benda. Oleh itu, panas yang dipancarkan oleh objek hitam mampu menarik nyamuk datang. Benda-benda gelap terutamanya hitam biasanya mudah menyerap panas dan membolehkan nyamuk amat tertarik untuk hinggap.
  • Oleh sebab itu, apabila bahagian bawah botol ditutup dengan kertas hitam,  ia bole  menyebabkan banyak nyamuk terperangkap di dalam PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE ini.
Kewangan :
 Kos
1.    Botol plastik   : tiada kos kerana menggunakan bahan guna semula
( recycle)
2.    Gula merah : Rm 2.00  (500 g), guna hanya 50 gram untuk 1 perangkap nyamuk
3.    Yis : RM 1.00 ( hanya guna 1g)
4.    Bahan lain, tiada kos, air, pisau , kertas hitam ( boleh guna plastic sampah yang terpakai )
5.    Aggaran harga RM 2.00
6.    Kos anggaran adalah RM 2.00  tetapi kos sebenar amat murah dan mudah untuk menghasilkan PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE ini.

Kesimpulan :

PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE adalah inovasi yang amat  berguna dan mudah untuk dihasilkan. Selain mampu memerangkap nyamuk, ia amat mesra pengguna kerana tidak menggunakan  apa-apa bahan kimia yang berbahaya yang banyak terdapat  kebanyakan perangkap nyamuk pada masa kini. Pada masa akan datang jika perangkap nyamuk ini mampu dikomersial kan, ahli kelab SAINS tidak berhasrat menjual produk tetapi akan berusaha memberi kursus cara pembuatan  PERANGKAP NYAMUK FLEKSIBLE pada sekolah-sekolah atau pihak-pihak yang lain secara percuma. Ini semua untuk mendidik masyarakat supaya lebih mengutamakan kesihatan dan sentiasa mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati ‘Tiada AEDES, tiada Denggi’.







Rujukan :